Aku cuma penulis kerdil
menulis hanya untuk diri sendiri
sedikit sebanyak untuk insan lain
melalui pandangan hati dan peribadi
lantas ada masalah kah dengan itu?
lantas ada kesalahan kah dengan itu?
Kenapa mesti menulis ?
Mereka menulis dan menukilkan
dan kamu pun menulis ?
Selama ini tidak pernah
memegang hatta sebilah pena pedang !!!
Ajaib sungguh keputusan mu
tapi mahu tulis apa
mahu tulis kebenaran atau kepalsuan
atau sekadar menulis tapi tiada isi?
Ah kenapa mesti sibuk
aku penulis jurnal bebas
meluahkan buku fikiran
ini dunia aku sendiri
mereka yang lain pun begitu jua
aku dan mereka sama
lantaklah apa orang peduli
Tuan puan yang arif
rakyat jelata semua
kami bukan tong kosong
kami ada perasaan bukan perasan
kami ada isi dan bicara
kami ada identiti dan realiti
kami ada kemahuan tegar
kami ada kesungguhan selamanya
Bukan mengejar nama
jauh sekali ingin dihargai
sekadar berkongsi nukilan hati
minda memberontak jadi jinak
diri yang mati hidup semula
laksana sungai tua kontang
penuh air selepas kemarau berkurun
Oh ya.. itu adalah keinginan
yang lahir dari minda dan jiwa
ingin bebas dalam meluahkan kata
mencoretkan visi pandangan
pencetus minda gerakan wawasan
Rakan taulan seperjuangan...
kita harus berkayuh ke jeti impian
kayuh dengan dayung sendiri
perlu naik sampan sendiri
usah bersempadan dengan halangan
biarkan ia bersama labu dan sampan lain
hanyut di muara sana...
Thursday, January 22, 2009
Puisi untuk Sahabat.....
Posted by The Style Of My Life at 10:43 PM 0 comments
Saturday, January 17, 2009
Isu-Isu Kerjaya
Pekerjaan adalah salah satu bidang yang penting dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu kini. Kita banyak terbaca di dada-dada akhbar berkaitan isu pembuangan pekerja terutama dalam sektor swasta apabila pihak majikan sudah tidak mampu lagi menanggung kredit yang banyak dalam syarikat mereka. Bagi warga asing yang datang ke bumi Malaysia yang dianggap ’telaga emas’ ini pula sanggup melabur dan menjual tanah di negara mereka semata-mata ingin membaiki taraf kehidupan mereka di sana. Maka kita dapat melihat berlakunya persaingan dalam mencari pekerjaan antara anak tempatan dengan warga asing di negara sendiri. Jawapan kepada situasi ini ialah kita dapat melihat kebanyakan daripada sektor ekonomi negara kita dikuasai oleh warga asing yang rata-ratanya tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Justeru, perkara yang sering menjadi persoalan dan tanda tanya ialah mengapa pihak majikan lebih suka mengambil pekerja asing ini bekerja dan menganaktirikan anak tempatan sendiri? Dalam membicarakan persoalan ini, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa pengambilan pekerja asing di negara kita ini adalah sebagai salah satu altenatif pihak syarikat bagi mengurangkan perbelanjaan membayar gaji mereka yang jauh lebih murah berbanding semasa mereka menggaji pekerja tempatan. Selain itu, mereka juga berpendapat pekerja asing ini juga mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan sehingga ada sesetengah pihak sanggup membiarkan pekerja asing ini bekerja di bahagian kewangan dan menguruskan kewangan syarikat milik negara kita sendiri. Jika kita mengkaji situasi ini, maka akan timbul persoalan di fikiran kita iaitu adakah rakyat tempatan kita ini terlalu memilih pekerjaan ataupun mereka berasa tidak gembira terhadap pekerjaan yang mereka lakukan. Terdapat perkaitan yang cukup kuat antara minat, sikap dan komitmen dengan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Sekiranya seseorang individu itu tidak menggemari pekerjaan yang dia lakukan maka tidak mustahil dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada kerjayanya.
Terdapat pelbagai jenis faktor yang mendorong kepada situasi ini berlaku. Antaranya ialah dalam meniti arus kemajuan negara yang semakin pesat, kuasa beli pengguna semakin tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang agak goyah lalu menyebabkan persaingan terhadap bidang pekerjaan semakin kuat terutama dalam kalangan para siswazah di negara kita. Walaupun mereka ini terdiri daripada golongan yang cerdik pandai namun mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang yang mereka ambil semasa di universiti. Apabila perkara ini berterusan berlaku maka mereka tiada pilihan lain kecuali menerima sahaja pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka walaupun bidang pekerjaan itu tidak mempunyai kaitan dengan bidang mereka. Mereka mula bekerja dalam keadaan yang tertekan di tambah pula dengan persekitaran kerja yang kurang memuaskan menyebabkan komitmen mereka kurang terhadap kerjaya yang dilakukan itu.
Selain itu, jika kita melihat dari sudut sekolah menengah pula para pelajar sebenarnya masih kurang mendapat pendedahan dari segi jurusan yang ditawarkan di universiti pilihan mereka menyebabkan ada segelintir dalam kalangan mereka yang tersalah mengambil jurusan ketika ingin memohon memasuki universiti. Terdapat pelbagai punca kepada timbulnya masalah ini. Antaranya ialah kurangnya inisiatif daripada para guru untuk membuat pendedahan dengan lebih awal berkaitan perkara ini terhadap pelajar mereka terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang agak ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan teknologi. Bagi situasi ini adalah perlu satu pendekatan baru dilaksanakan bagi membantu golongan pelajar sekolah ini. Antaranya ialah para siswazah yang masih menuntut di universiti mereka juga boleh mengadakan program pendedahan kursus kepada para pelajar sekolah sebagai salah satu sumbangan bakti mereka terhadap masyarakat walaupun mereka telah berjaya ke menara gading. Ini jelas terbukti apabila program ini telah mula dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) dan program murni seperti ini seharusnya menjadi ikutan oleh para mahasiwa dan mahasiswi di universiti lain.
Bagi pihak pentadbiran sekolah pula terutamanya kaunselor, pendedahan terhadap pelbagai jenis maklumat terkini berkaitan isu pendidikan dan hala tuju kemajuan negara pada masa akan datang adalah sangat penting supaya para pelajar ini akan dapat membuat perancangan dan hala tuju hidup mereka dengan sempurna disamping mereka akan lebih jelas berkaitan sesuatu bidang yang mereka minati dan cita-citakan. Pelbagai bentuk pendekatan boleh digunakan oleh pihak kaunselor sekolah untuk membantu para pelajar bagi mengenalpasti potensi dan bakat yang mereka miliki sesuai dengan bidang yang mereka minati. Antaranya seperti penggunaan alat ujian psikologi untuk melihat minat, nilai dan personaliti diri pelajar. Contoh Ujian Personaliti Sidek (IPS), Seach Directed Self (SDS) dan Ujian Minat Kerjaya. Melalui penggunaan alat ujian psikologi ini para pelajar akan lebih memahami diri mereka dan bermotivasi dalam menentukan cita-cita mereka. Secara tidak langsung peningkatan akedemik para pelajar juga akan meningkat.
Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah walaupun setiap orang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi terhadap sesuatu kerjaya tetapi sekiranya maklumat atau pengetahuan mereka terhadap bidang kerjaya tersebut kurang dan mereka juga tidak mengenal potensi diri mereka yang sebenar, maka hala tuju hidup yang di bentuk itu agak sukar. Justeru, bagi memastikan berkurangnya bilangan penggangguran dalam kalangan para siswazah di negara kita ini maka langkah altenatif yang paling awal dan mudah diambil ialah dengan mendedahkan kepada para pelajar sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah berkaitan bidang-bidang pekerjaan dan peluang-peluang pengajian yang ditawarkan di universiti tempatan atau luar negara supaya negara kita mampu melahirkan bakal-bakal tenaga pekerja yang berkualiti dan bersahsiah tinggi demi masa depan negara.
Posted by The Style Of My Life at 6:58 PM 0 comments
Diri ini...
Best je rasa hari ni….entahla…mungkin baru balik bercuti kot….lapang hati dan fikiran dapat tengok angin ombak menderu dengan kencang…burung-burung pun macam tahu pulak saya rindukan siulan mereka…hehehehe….so di awal pertemuan kita ni saya nak perkenalkan la diri saya sket…mana la tau melalui perkenalan yang pertama ini saya boleh mengenali lebih ramai kawan baru di luar sana…InsyaAllah…Orang pernah berkata nama kadangkala menggambarkan peribadi seorang insan, bagi saya ia ada juga kebenarannya kerana nama saya Noor Azlina binti Hassan dan saya lebih selesa jika orang memanggil saya Lina…Mak saya yang bagi nama tu tau….sayang kat mak…rindu la pulak nak balik kampung…huhuhuhu…Maksud nama saya tu ialah “cahaya kelembutan kami”. Mendalam maksud tu tau…
Saya mula mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 15, anak felda la saya ni….”kampung koi yang tercinta “ ikut loghat orang Pahang. Sekolah menengah saya pun tak la jauh sangat cuma 9 km je dari rumah, tapi result best sket masa UPSR, so kena duduk asrama la jugak…masuk aliran agama masa tu atau sekarang ni dikenali sebagai KRK. Lama jugak sekolah kat situ sampai tingkatan
Masuk tingkatan 6 saya telah rancang strategi baru...dalam hati selalu ingat ini je peluang saya nak masuk universiti, so kenapa saya tak boleh nak guna segala potensi yang ada untuk cemerlang
Posted by The Style Of My Life at 6:42 PM 0 comments